Hidup tak ada kawan umpama teh tarik tak ada susu . Hambar . Kita perlu ada kawan yang akan sentiasa ada dibelakang kita ketika susah dan senang . Namun, dalam hidup berkawan, kita dapat kenal pelbagai ragam manusia dia atas bumi ini .
KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG
Masa kita senang, ramai yang akan menempel - nempel pada kita . Masa itulah, kau sahabat didunia dan akhirat aku . Kaulah segala - galanya. Masa itu mulut manis berbicara . Maklumlah nak bodek kawan . Kalau nak tahu sama ada seseorang itu ikhlas berkawan dengan kita atau pun tidak, tengoklah masa kita susah . Hanya akan ada beberapa kerat je yang sudi mendengar masalah - masalah kita . Bagi aku, mereka inilah yang patut korang hargai sebab sentiasa ada ketika senang dan susah . Sejujurnya, aku tak suka kalau seseorang itu berkawan bersebab . Contohnya, sebab dia kaya, cantik, popular dan sebagainya . Apa yang korang dapat kalau dia cantik? bukan naik pun saham korang . kan?
KAWAN KITA PUN MANUSIA BIASA
Kita mungkin pernah je terasa dengan kawan-kawan tapi jangan disimpan dalam hati . Kadang - kadang kalau kita pendam je dalam hati, jiwa kita sendiri yang kacau . Kalau sakit hati sangat, luahkan pada kawan - kawan lain yang rapat dengan kita . Biasalah kawan - kawan pun manusia biasa, tak pernah lari dari membuat kesilapan . Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya, apatah lagi kita, manusia biasa . Maafkanlah kawan - kawan kalau ada tersalah tutur bicara . Tapi mungkin tahap kesabaran seseorang ada batasnya . Kalau setiap hari nak menyakitkan hati orang, siapa tak bengang kan? Ada je manusia macam ni kat atas muka bumi .
KAWAN MAKAN KAWAN
Orang macam ni memag tak layak bergelar kawan . Ingat, hati - hati ketika memilih kawan . Ada yang depan kita baik sangat, pijak semut pun tak mati . Tapi bila belakang kita, Ya Rabbi, hanya Tuhan sahaja yang tahu . Orang - orang macam ni biasanya suka ambil kesempatang ke atas diri kita . Ambil kesempatan atas kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita untuk mencapai matlamat dorang . Aku pun pernah kena kawan makan kawan ni, dia yang cakap lepas tu nk tuduh org lain pulak . Nape tak cakap terus terang je, last2 aku dah cakap sume tentang kau at dia . sakit ati jew kawan org mcm nie .
Sebenarnya semua ini datang dari hati kita . Kalau kita betul - betul ikhlas berkawan, InsyaAllah tak akan ada istilah kawan makan kawan, tikam dari belakang dan sebagainya . Dalam berkawan, jangan ada unsur iri hati dan dengki sesama kawan . Kalau ada masalah, cuba selesaikan secara baik dengan kawan - kawan . Ambil yang jernih buang yang keruh .
0 Campak comments:
Post a Comment