Hey Semua . Welcome to blog Nurul Fatihah binti Rosli . Blog ini tak la beberape cantik berbanding dgn blog korang . heheh! Please do not copy anything , kalau korg nak copy please credit key okey . Lepas dah bce tu please Like + Comment mana - mana entri yang korg suka and enjoy yourself . Thanks for visiting . Love you all :)

Saturday, March 12, 2011

Negara turut rasa tempias jika ekonomi Jepun terjejas

JITRA 11 Mac - Ekonomi negara akan turut terkena tempias sekiranya kedudukan ekonomi Jepun terjejas teruk akibat dilanda bencana gempa bumi kuat tengah hari tadi . Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Mukhriz Mahathir berkata , Jepun merupakan rakan dagang agak besar selain banyak melabur di negara ini . "Apabila berlaku bencana sebegini besar , sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara itu dan Malaysia akan rasa tempiasnya . "Jadi, diharap mereka dapat pulihkan keadaan secepat mungkin agar kesan terhadap ekonomi global dapat dikawal supaya terhad , " katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri Umno di sini hari ini .

Beliau berkata , selain itu nasib syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sana juga masih belum diketahui termasuk keadaan para pelajar Malaysia di sana . " Walau pun gempa bumi dan tsunami perkara biasa di sana , tetapi (ukuran) 8.9 (pada skala Richter) merupakan satu angka yang besar dan saya mendoakan supaya mereka semua selamat , kita nak tahu juga apa keadaan mereka di sana , " kata Mukhriz . Muhkriz berkata , sebagai rakan dagangan yang karib , Malaysia perlu menghulurkan apa juga bentuk bantuan yang diperlukan bagi membantu meringankan beban mereka selepas dilanca bencana . " Kalau mereka perlu apa-apa bentuk bantuan kita bersedia menghulurkan bantuan misi kemanusiaan , " katanya .

Akibat gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang telah berlaku di Pantai Honshu , Jepun pada 1.46 petang hari ini , penduduk di Labuan dan Sabah juga dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini .
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan itu dijangka berlaku ekoran gempa kuat yang berlaku berada dalam jarak 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah . -  BERNAMA

0 Campak comments: