Lelaki mmg berbeza dari wanita . setiap ciri adalah berbeza sama ada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya . Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya .
SUKA MENYAMPUK
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk . Cerita tidak didengar dengan tekun .
SUKA MEMERINTAH
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan suatu permintaan . Misalnya, buka pintu, buat kopi, ambil baju dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok .
BERGURAU KASAR
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita .
PANAS BARAN
Sifat lelaki yang panas baran, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuatkan wanita berjauh hati . Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami .
CAKAP BESAR
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan . Bermegah-megah dengan percapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja paling baik .
EGO SEBESAR GAJAH
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan . Tidak mahu merendah diri sendiri didepan wanita .
TIDAK SUKA MELUAH EMOSI
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa tersing dan terabai .
PENGOTOR
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang persekitaran .
0 Campak comments:
Post a Comment