Hey Semua . Welcome to blog Nurul Fatihah binti Rosli . Blog ini tak la beberape cantik berbanding dgn blog korang . heheh! Please do not copy anything , kalau korg nak copy please credit key okey . Lepas dah bce tu please Like + Comment mana - mana entri yang korg suka and enjoy yourself . Thanks for visiting . Love you all :)

Wednesday, January 19, 2011

Sekolah Miliki Ramai Pasangan Kembar






DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah sekolah di sini mempunyai sepuluh pasangan pelajar kembar berusia 16 tahun dan satu pasangan pelajar kembar tiga berumur 17 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Pears di sini, Chakosa Powell, pelajar kembar itu berasal dari bandar Richardson, Texas, AS."Saya berpendapat, perkara terbaik mempunyai ramai pasangan kembar ialah mereka mengambil berat antara satu sama lain. Mereka (para pelajar itu) keluar bersama dan menjadi rakan," katanya.Bagaimanapun katanya, mungkin terdapat sesuatu yang berlaku di bandar Richardson sehingga menyebabkan ramai kembar dilahirkan 16 tahun lalu."Ramai keluarga mendapat anak kembar pada tahun yang sama malah dilahirkan hampir dalam bulan sama. Ia sesuatu yang mengagumkan," katanya.Pihak pengurusan sekolah itu berharap Guinness Book of Records akan mengiktiraf rekod baru bilangan pasangan kembar tersebut kerana sebelum ini hanya terdapat tujuh pasangan kembar direkodkan di sebuah sekolah di New York. - Agensi


0 Campak comments: